INOVASI CIKGUAT
1:07 PG |
INOVASI CIKGUAT
Tanpa penguasaan sifir ini pelajar akan terus ketinggalan dan lemah matematik. CikguAT dengan lagu sifirnya merungkai serba sedikit permasalahan ini. lagu - lagu sifir CikguAT direkacipta dengan irama pelbagai rentak dan khas untuk hiburan kanak - kanak. pada amnya mereka suka menyanyi dan cepat menghafal lifir lagu di radion walaupun tidak melihat liriknya. secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat sifir apabila mereka selalu menyanyikan lagu sifir ini di sekolah atau di rumah berbanding disiruh menghafal cara biasa.
Para pembaca boleh melayari www.cikguat.com untuk mendengar lagu - lagu sifir CkguAt ini. semasa program seminar berlangsung, CikguAT menggunakan lagu - lagu sifir ini sebagai hiburan untuk menghiburkan peserta program. jelas, mereka lebih memberikan tumpuan dan menunjukkan semangat luar biasa ketika menyanyikan secara beramai - ramai. CikguAT juga telah memuat naik dua lagu sifirnya di www.youtube.com/cikguat dan boleh dimuat turun secara percuma. disamping itu juga, CikguAt memperkenalkan idea bahan pembelajaran dari sumber internet bagi membantu kumpulan pelajar yang tiada kemudahan internet dengan membuktikan bahawa jawapan sifir 6 hingga 9 boleh didapati hanya dengan membilang jari bagi kedua - dua belah tangan kita. begitulah hebatnya Allah s.w.t menjadikan anggota badan manusia yang mampu memberikan jawapan dan panduan dalam kehidupan seharian.
Langgan:
Catatan (Atom)